Cara Memasak Daging Kicap Sedap

8:45 AM
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Hari ni menu yg gelap/hitam lagi. Cara Memasak Daging Kicap Sedap , Perasan tak n3 kali ni berderet je menu gelap2..he3..walau gelap2 tapi sedap di tekak dan menyelerakan sekali.

Tengoklah tu kaswi durian gula merah, kek coklat mayonis..dan arini daging kicap sedap..he3.. Nak buat macamana, dah masak, kenalah kongsikan kat sini. Kalau tak jemu pulak tngk menu yg sama je kan. Oklah, daging kicap sedap ni mudah je masaknya.

Macam masak kicap yg lain juga. Biasanya kalau menu sahur mesti saya masak kicap. Kalau lauk kicap mcm ni, makin di panaskan makin mesra gitewww..so bila makan tu makin sedaplah. Resepi mudah ni boleh buat rujukan anak bujang saya di perantauan.

Bila sebut sesekali tu, jadi rindulah pulak. Tapi takpe, tak lama lagi pulang bercutilah anak bujang kesayangan. Jomlah tngk bahan2 mudah ni..


Bahan-Bahan.
  • 1 kg daging batang pinang
  • 4 biji kentang- kupas kulit dan potong berbaji
  • 1/2 cwn kicap pekat manis
  • 3 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu kecil serbuk lada hitam
  • 2 tangkai lada hijau ( di belah 2, pastu belah tnghnya tapi jngn sampai putus)
  • 1 labu bwng besar- di mayang
  • 1/2 cwn minyak untuk menumis
  • garam dan gula( jika perlu)
  • Air secukupnya-jika perlu.
Bahan Tumis (di hiris)
  • 1 labu bawang besar
  • 4 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 15 biji cili padi- ptng kecik2
  • 1 btng kayu manis, 2 kntm bnga lawang, 2 biji buah pelaga
  • 2 btng serai- di ketuk
Bahan Hiasan(hiris dan taburkan atas daging)-Yatie terlupa letak...he3..
  • 2 tangkai daun sup
  • 2 tangkai daun bawang
Cara-Cara
  1. Potong daging kecil2 dan rebus hingga empuk. Sekiranya guna daging batang pinang tak perlu di rebus dahulu.
  2. Panaskan minyak dan tumiskan bahan tumis/hiris sehingga wangi.
  3. Masukkan daging dan kentang yg telah di potong berbaji. Masukkan serbuk lada hitam.
  4. Masukkan kicap pekat, sos tiram dan sedikit air. Biarkan daging dan kentang empuk.
  5. Masukkan lada hijau yg di belah 2 tadi dan bawang yg di mayang. Gaul rata.
  6. Sekiranya rasa dah ok, matikan api dan hidangkan....tabur bersama bahan hiasan.
  7. Angkat dan hidangkan bersama nasi putih.

Share this :

Previous
Next Post »