20 Koleksi Resepi Roti Raya 2017

10:38 PM
20 Koleksi Resepi Roti Raya 2017, Assalamualaikum semua. Hari ni resepimasakan.info nak kongsi 20 Aneka Resepi yang berasaskan roti. Semuanya mudah dan sangat senang untuk dicuba. Sesuai untuk sarapan, minum petang, juadah berkelah ataupun hidangan potluck. Resepi kek roti ini by @illani.zulkifli

1. ROTI PIZA 

 Koleksi Resepi Roti

Cara-cara:
  • Dapatkan 1 buku roti gardenia dan susun didalam Loyang.
  • Renjiskan dengan air supaya roti kekal lembut selepas dibakar nanti. 
  • Sapukan tomato puri pada roti tersebut.
  • Letakkan kepingan cheddar cheese ke atas roti yang telah disapu tomato puri tadi.
  • Letakkan kepingan sosej, cendawan butang, lada benggala, kepingan ayam dadu atau apa sahaja ikut selera masing-masing (tapi pastikan bahan mentah seperti sosej atau ayam di rebus separuh dahulu sebelum di taburkan ke atas roti tadi).
  • Taburkan mozarela cheese
  • Bakar pizza tersebut di dalam oven lebih kurang 15 minit..
  • Hias dan potong pizza yang telah siap dibakar tadi.

2. ROTI GORENG

 Koleksi Resepi Roti

BAHAN INTI:
  • Bawang merah & putih dicincang
  • Serbuk rempah kari daging
  • Garam dan gula
  • Roti gardenia
  • Kulit popia
  • Sos cili
  • Sedikit tepung gandum + sikit air untuk jadikan gam 

CARA-CARA 
  • Tumis bawang hingga wangi, kemudian masukkan rempah kari dan kacau sehingga sebati.
  • Letakkan sedikit air dan masukkan ayam kisar yang sudah dibasuh bila pecah minyak.
  • Kacau dan letakkan air sedikit, kemudian garam dan gula. Bila kering nanti tutup api.
  • Ambil roti dan sapu sedikit sos cili, kemudian letak inti dan lipat dua. 
  • Gamkan tepinya dengan gam tepung. 
  • Potong dua dan balut dengan kulit popia dan goreng hingga keemasan.


3. LASAGNA ROTI

 Koleksi Resepi Roti


BAHAN BAHAN:
  • 1/2 bawang besar
  • 1/2 daging cincang
  • 1 genggam mixed vegie
  • sos cili & tomato
  • salt n pepper
  • roti
  • telur
  • susu
  • mozarella cheese

CARA CARA:
  • Masak inti dulu. Tumis bawang, masukkan daging biar sampai empuk.
  • Masukkan sos cili, tomato,salt, pepper dan mixed vegie. Masak sampai kering sikit. Rasa masin manis inti tu.
  • Siapkan bahan roti. Pukul telur dan susu sehingga sebati.
  • Celupkan roti dalam telur dan susu, kemudian letak inti yang sudah masak dan tabur mozarella cheese sebanyak 2 lapisan.
  • Bakar suhu 180c sampai garing sedikit.


4. JEJARI ROTI

 Koleksi Resepi Roti


BAHAN BAHAN:
  • 24 keping tepi roti (gunting dari 6 keping roti)
  • 1 biji telur
  • 2 sudu besar susu segar
  • sedikit garam
  • gula halus secukupnya
  • mentega / margerin untuk menggoreng

CARA CARA:
  • Masukkan telur, garam dan susu ke dalam mangkuk. Pukul telur biar sebati.
  • Panaskan 2 sudu besar mentega. 
  • Celup roti ke dalam campuran telur tadi dan goreng sehingga perang. Teruskan sampai habis. Jika mentega kering, bolehlah ditambah untuk menggoreng roti yang seterusnya.
  • Bila dah siap, taburkan gula halus ke atas roti. Sedap dimakan semasa panas-panas.


5. BINGKA ROTI BERJAGUNG

 Koleksi Resepi Roti


BAHAN-BAHAN
  • 3 biji telur gred A
  • 150 g gula kastor
  • 100 g mentega, dicairkan
  • 1/2 camca teh garam
  • 300 g roti putih, didadu
  • 200 g tepung gandum
  • 1 liter santan (atau 500 ml santan + 500 ml susu cair)
  • 200 g jangung krim dalam tin

CARA CARA:
  • Satukan telur dan gula dalam satu bekas dan kacau hingga larut. 
  • Tambah mentega, kemudian masukkan tepung dan garam, kacau rata. 
  • Tuang santan dan kacau hingga semua sebati.
  • Masukkan roti tadi dan biar tenggelam selama 15 - 20 minit. 
  • Masukkan jagung krim, kacau hingga rata dan tuang dalam acuan kuih bingka yang telah disapu mentega. Jangan lupa alas dasarnya dengan kertas minyak.
  • Bakar dalam oven pada suhu 180C selama 1 jam ataupun sehingga masak. Biarkan kuih betul2 sejuk sebelum dikeluarkan dari tin dan dipotong. Siap untuk dimakan!

6. ROTI KAYA GORENG BUTTER

 Koleksi Resepi Roti

BAHAN BAHAN:
  • 2 biji telur
  • 4-5 keping roti putih
  • kaya secukupnya
  • 1sm susu cair @ segar
  • garam dan serbuk lada sulah secukupnya
  • sedikit butter
  • sedikit gula icing

CARA CARA:
  • Telur, susu, garam, lada sulah dicampur dan dipukul sebati.
  • Sapu kaya pada roti, kemudian lipat dua jadikan 3 segi.
  • Celupkan dalam bancuhan telur, biarkan sebentar.
  • Panaskan butter dalam kuali non stick, masuk roti tadi, goreng hingga garing. Balik balikkan supaya semua sisi masak.
  • Angkat, sejukkan sebentar dan taburkan gula icing jika perlu.

7. ROTI GORENG SOSEJ

 Koleksi Resepi Roti


BAHAN BAHAN:
  • Roti keeping
  • Sosej
  • Telur
  • Secubit garam dan gula
  • Sedikit tepung gandum/tepung beras
  • Sedikit soda bikarbonat (agen perangup)
  • Sedikit tepung gandum (untuk dijadikan gam dicampurkan sedikit ke dlm telur)

CARA CARA:
  • Potong sosej mengikut selera anda. Jika potong sosej kepada 2, roti pun bahagi kepada dua. Kalau potong 3, roti pun bahagi kepada 3 bahagian. 
  • Sebelum roti dipotong, tekan atau penyekkan sedikit roti itu. (Boleh juga gunakan penggelek untuk memadatkan roti tu. Tujuannya adalah untuk mengelakkan roti terlalu kembang masa dicelup ke dalam telur dan juga mengelakkan roti menyerap minyak berlebihan ketika digoreng).
  • Selepas dipenyekkan, potong roti dan gulungkan sosej yang dipotong tadi dengan roti. 
  • Kemudian dihujung roti tersebut, gamkan dengan tepung yang dibancuh dengan sedikit air. Jangan terlalu cair ya, nanti tak lekat pula. Selepas dilekatkan biarkan sekejap sementara kita siapkan telur.
  • Pecahkan telur dan masukkan tepung, soda bikarbonat, garam dan gula. 
  • Pukul sehingga sebati dan agak kembang atau kalau nak senang masuk blender je. Lepas tu celupkan roti tadi dan terus goreng dengan menggunakan minyak yang banyak dan panas.
  • Setelah agak keperangan, angkat dan toskan minyak atas tisu dapur.Siap untuk dihidang.


8. ROTI SANDWICH DAN TUNA

 Koleksi Resepi Roti

BAHAN BAHAN : 
  • Roti gardenia ( keping) 
  • Bawang besar(cincang halus) 
  • Cili padi(mayang halus) 
  • 1 sudu besar sos tomato 
  • lada sulah/lada hitam 
  • Tuna (tin kecil) 
  • Tomato(hiris bulat) 
  • Timun(hiris cantik-II) 
  • 3 sudu besar mayonis 
  • Garam 
  • Sedikit mentega 

CARA CARA : 
  • Tapiskan isi tuna dan masukkan ke dalam mangkuk 
  • Masukkan bawang besar, cili padi , sos tomato, lada sulah, garam sedikit dan juga mayonis. 
  • Bakar roti dahulu untuk rasa yang memukau. 
  • Sapu roti dengan mentega, salad, timun, tomato, dan tuna. 
  • Apit semula dengan kepingan roti lain.


9. ROTI SANDWICH AYAM

 Koleksi Resepi Roti

BAHAN BAHAN:
  • 2 ketul dada ayam
  • 1/2 biji lada benggala
  • 1/2 labu bawang besar
  • 1/2 biji timun jepun
  • 1 batang celery
  • Tomato + kubis + salad 
  • Cheddar cheese 
  • Roti
  • Sos thousand Island
  • Buah zaitun jeruk
  • Sos bbq 
  • Sos tomato 
  • Sos cili 
  • Mayonis 

CARA CARA:
  • Rebus ayam dengan bawang putih , lada hitam dan garam (sikit je)sampai ayam empuk.
  • Siatkan isi ayam dan ketepikan dulu.
  • Hiris sayuran nipis-nipis.
  • Ambil roti dan sapukan dengan sedikit butter.
  • Letak kepingan keju dan isi ayam yang dah disiat ke atas roti tersebut 
  • Alas roti dengan foil aluminium dan masukkan ke dalam oven selama 5 minit (tunggu sampai keju cair).
  • Taburkan sayur-sayuran yang telah dihiris. 
  • Letakkan sos mengikut selera masing-masing.


10. ROTI CHEESE BOOM

 Koleksi Resepi Roti


BAHAN BAHAN: 
  • Roti bantal atau roti keping 
  • Cheesedale 
  • Susu pekat 

CARA CARA:
  • Sapukan susu pekat ke atas roti.
  • Letakkan sekeping cheesedale ke atas roti tersebut. 
  • Bakar roti tersebut di dalam oven selama 20-30 saat dengan kepanasan 60'c-90'c. 
  • Kemudian, keluarkan dan susun atas pinggan.

11. ROTI DAGING ROLL

 Koleksi Resepi Roti


BAHAN BAHAN:
  • 500 g tepung 
  • Roti 
  • 100 g gula pasir 
  • 15 g yis kering 
  • 40 g susu tepung 
  • 10 g bread improver 
  • 1 biji telur 
  • 30 g shortening/lemak sayuran 
  • 25 g butter 
  • ½ sudu kecil garam 
  • 250 ml air sejuk 

BAHAN Inti : 
  • 250 g daging lembu hancur 
  • Garam 
  • Gula 
  • Serbuk kari 
  • 2 biji bawang besar 
  • 2 biji bawang putih

BAHAN Hiasan : 

Lada benggala dipotong dadu, keju mozarella dan cheddar 

CARA CARA:

  • Tumis daging sehingga garing kemudian masukkan bahan yang lain dan goreng sampai masak.. 

Untuk roti : 
  • Dengan menggunakan mesin pengadun, masukkan semua bahan kering. Gunakan speed 1 dalam masa 1 minit. 
  • Masukkan telur,shortening dan air sejuk, kemudian adun doh hingga sebati
  • Masukkan butter dan garam. Tinggikan kelajuan mesin pengadun. Adun sehingga doh benar-benar kembang. 
  • Sekiranya menggunakan tangan,masa yang digunakan adalah 25 minit dan 15 minit bagi menggunakan mesin. 
  • Tutup bekas adunan dengan tuala basah bagi mengelakkan doh kering dan letakkan pada suhu luar yang panas selama 40 – 60 minit untuk direhatkan sehingga doh naik sekali ganda. 
  • Setelah kembang, keluarkan doh dan letakkan di atas papan canai yang ditabur dengan sedikit tepung dan kaup dengan kedua-dua tangan untuk membuang gelembung angin. 
  • Canai doh menjadi segi empat panjang setebal 0.7 mm berukuran 30 cm x 40cm. 
  • Sapu mentega cair dan inti daging. Gulung doh memanjang seperti baulu gulung. Potong gulungan tersebut 1.5 cm setiap satu. Rehatkan doh tersebut buat kali kedua selama 40 – 60 minit sehingga doh naik sekali ganda. 
  • Tabur lada benggala, keju mozzarella dan cheddar. Bakar di dalam ketuhar yang telah dipanaskan terlebih dahulu pada suhu 200ºC selama 20 minit sehingga roti keemas-emasan. Keluarkan roti.

12. ROTI TELUR INTI CHEESE

 Koleksi Resepi Roti


BAHAN BAHAN: 
  • 8 keping roti 
  • cheese slide 
  • butter 
  • 3 biji telur (dipukul dan sedikit garam) 

CARA CARA:
  • Potong bahagian tepi roti (kerak) 
  • Letakkan cheese ke atas roti tersebut 
  • Lapik lagi sekeping roti atas kepingan roti dan cheese tadi 
  • Potong roti tadi kepada 4 bahagian 
  • Cairkan butter ke dalam non-stick frying pan 
  • Golekkan roti ke dalam butter (jangan lama-lama takut jadi lembik)
  • Angkat dan goreng semula sampai rangup.

13. ROTI GORENG BERUDANG

 Koleksi Resepi Roti


BAHAN BAHAN :
  • 6 ekor udang besar (dicincang) 
  • lobak merah (dicincang) 
  • daun bawang (dicincang) 
  • 3/4 sudu garam halus 
  • 1 biji telur 
  • 1 sudu kecil tepung jagung 
  • 4 keping roti minyak goreng 

CARA CARA : 
  • Masukkan semua bahan ke dalam mangkuk kecuali roti dan minyak.
  • Gaul sehingga rata. 
  • Bahagikan roti kepada 4 bahagian.
  • Sapukan dengan campuran udang.
  • Goreng roti dengan campuran udang sehingga masak.

14. ROTI CRISPY POKET

 Koleksi Resepi Roti


BAHAN BAHAN:
  • 10 - 12 keping roti sandwich (gardenia)
  • 1 biji telur
  • serbuk roti/breadcrumbs 
  • sos cili
  • minyak untuk menggoreng

BAHAN INTI:
  • 2 keping daging burger oblong RAMLY ~ 
  • 1/2 batang lobak merah ~ dihiris panjang spt bantang mancis
  • sedikit kobis ~ dihiris nipis
  • 1/2 biji bawang merah ~ dihiris nipis
  • 1 biji cili merah ~ dicincang/hiris nipis
  • 3 tangkai daun sup ~ dihiris
  • 2 sudu besar mayonis
  • 1 sudu besar serbuk lada hitam
  • secubit garam

CARA CARA:
  • Goreng daging burger tanpa minyak hingga masak.
  • Hiris nipis dan panjang daging burger yg dah masak tadi.
  • Masukkan kedalam sebuah bekas/mangkuk besar.
  • Masukkan lobak merah, kobis, bawang besar, cili merah dan daun sup. Gaul.
  • Masukkan pula mayonis, serbuk lada hitam dan garam. Gaul lagi hingga sebati. Ketepikan
  • Canai/gelek roti dgn kayu penggelek/rolling pin (tanpa buang kulit tepi) hingga nipis hingga habis.
  • Susun bersama 2 keping roti tadi dan tekap dgn bekas bulat (samada bekas air, acuan bulat yg sepadan dgn saiz roti). Buat hingga habis.
  • Dengan menggunakan berus, sapu telur yg dah dikocok pada keseluruhan roti.
  • Kemudian salutkan roti td dgn breadcrumbs hingga rata.
  • Goreng roti dlm minyak yg dah dipanaskan hingga keemasan. Angkat dan toskan. Insyaallah roti akan mengelembung ketika menggoreng.Dengan menggunakan pisau yg tajam, potong 2 roti tadi.
  • Ambil sedikit inti tadi dan isikan ke dalam roti tersebut.Buatlah sehingga habis.
  • Hidangkan atas pinggan dan picitkan sedikit sos cili utk menambah keenakkannya..

* kaedah menyapu telur dgn menggunakan berus boleh memberi rasa yg lebih crispy pd roti berbanding dgn cara mencelupnya direct ke dalam telur. (telur juga lebih jimat, tak abis 1 bj pun)

** Minyak jgn terlampau panas, nanti roti akan menggelembung dgn agak besar (takut roti tu pecah atau crack). Api biar sedang2 jer..

*** lebihan inti boleh dibuat sandwich atau dimakan dgn croissant.


15. JEMPUT JEMPUT KERAK ROTI

 Koleksi Resepi Roti


BAHAN BAHAN:
  • 2 cawan tepung gandum
  • 2 1/2 cawan air
  • 1 1/2 sudu kecil garam
  • 400 gm kerak roti 
  • 5 batang filamen ketam (crab stick) dihiris nipis
  • 2 biji cili hijau dihiris nipis
  • 1 biji bawang besar dipotong dadu
  • sejuring kobis dihiris halus
  • Minyak masak secukupnya 

CARA MENYEDIAKAN:
  • Bancuhkan tepung gandum dengan air & garam sehingga larut & tidak berbintil2. 
  • Masukkan kerak roti dan rendam selama 5 minit sehingga roti mengembang. Jika guna roti.. koyak2kan roti dan rendam hingga kembang.
  • Campurkan dengan kesemua bahan lain seperti hirisan filamen ketam, cili hijau, hirisan kobis & bawang besar. Gaulkan sehingga rata. 
  • Panaskan minyak masak. Gorenglah bancuhan jemput2 tadi sehingga garing kedua2 belah. Angkat dan toskan. Hidang dengan sos kegemaran anda.


16. BEBOLA ROTI GORENG

 Koleksi Resepi Roti


BAHAN BAHAN
  • 12 keping roti (plain white bread) - potong kecil
  • 2 biji telur - saiz besar
  • 3 biji cili merah - dihiris
  • sedikit daun sup/bawang - dipotong pendek
  • 1 biji bawang besar - kalau dah pakai daun bawang guna 1/2 je
  • 2 sudu teh serbuk lada putih
  • garam secukup rasa
  • 1/2 kiub perasa ikan bilis 
  • 3 sudu besar mayonis 
  • 2 keping fishcake - dihiris kecil 
  • Minyak untuk menggoreng

CARA CARA
  • Masukkan roti didalam mangkuk besar dan masukkan telur kedalamnya.
  • Kemudian, masukkan kesemua bahan kecuali minyak untuk menggoreng kedalam mangkuk. Ramas2kan sehingga sebati.
  • Bulat2 kan roti sehingga siap. Pastikan saiznya sederhana.
  • Goreng dalam minyak penuh sehingga keemasan. Toskan dan siap dihidang.

17. ROTI LAPIS BERDAGING

 Koleksi Resepi Roti


BAHAN BAHAN:
  • 3 biji kentang di potong dadu
  • 500gm daging cincang
  • 1 biji bawang besar
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 sudu besar serbuk kari 
  • 1 sudu besar sos tomato 
  • 2 sudu besar sos cili 
  • 3 sudu makan minyak untuk menumis
  • 12-14 keping roti
  • 500ml susu segar
  • 3 biji telur
  • secubit garam
  • Parutan cheese 
  • Sedikit marjerin 

CARA CARA:
  • Blend bawang, bawang putih kemudian panaskan minyak dan tumis bawang serta masukkan serbuk kari,daging cincang, kentang,garam,sos tomato dan sos cili.
  • Satukan susu, telur dan garam.
  • Pukul susu, telur dan garam hingga sebati.
  • Celupkan kesemua roti dalam adunan tadi.Ramas-ramaskan kesemua roti tadi.
  • Lenserkan bekas tahan panas dengan sedikit marjerin dan letakkan 1/3 bahagian roti yang telah di ramas.
  • Kemudian letakkan separuh daripada daging dan kentang yang telah di masak tadi atas lapisan roti.
  • Ulangi proses di dgn meletakkan satu lagi bahagian roti dan selebih bahan daging, kentang dan dilapisan akhir dengan 1/3 lebihan roti
  • Taburkan parutan cheese
  • Bakar dengan api sederhana selama 30-45 mins atau sampai lidi tak lekat.Boleh dihidangkan semasa panas dan potong ikut suka.Jika inginkan lebih pedas boleh hidangkan bersama sos.

18. JEMPUTJEMPUT ROTI SARDIN

 Koleksi Resepi Roti


BAHAN BAHAN:
  • 2 cawan tepung gandum
  • 2 1/3 cawan air
  • 1 1/2 sudu kecil garam
  • 400 gm kerak roti
  • 1 tin kecil sardin dilecek
  • 1 biji telur
  • 2 biji cili hijau/merah dihiris nipis
  • 1 biji bawang besar dipotong dadu
  • 1/2 biji carrot disagat halus 
  • Minyak masak secukupnya

CARA CARA:
  • Bancuhkan tepung gandum dengan air, telur, garam sehingga larut dan tidak berbintil2. 
  • Masukkan kerak roti@roti dan rendam selama 5 minit sehingga roti mengembang. Jika guna roti.. koyak2kan roti & rendam hingga kembang.
  • Campurkan dengan kesemua bahan lain seperti hirisan cili, carrot sagat, bawang besar dan sardin lecek. Gaulkan sehingga rata. 
  • Panaskan minyak masak. Gorenglah bancuhan jemput2 tadi sehingga garing kedua2 belah. Angkat & toskan. Hidang dengan sos kegemaran anda.

19. PUDING ROTI BAKAR SOS KASTARD

 Koleksi Resepi Roti


BAHAN BAHAN:
  • 7-8 keping roti
  • 500 ml susu segar @ 2 cawan *
  • 4 sudu besar gula halus *
  • 2 biji telur *
  • 1 sudu teh esen vanilla *
  • 1 sudu kecil serbuk cinnamon *
  • 2 sudu besar butter – cairkan
  • 3 sudu besar kismis

BAHAN SOS KASTARD:
  • 1 tin susu cair
  • 1/4 tin air (guna tin susu cair tadi)
  • 2 sudu besar tepung kastad
  • 2 sudu besar gula

CARA CARA:
  • Satukan bahan-bahan yang bertanda * dalam sebuah mangkuk
  • Koyak koyakkan roti dan masukkan ke dalam mangkuk tadi. Biarkan terendam dan meresap seketika. 
  • Masukkan separuh kismis dan juga butter cair .Gaul sebati. 
  • Kemudian tuang ke dalam loyang/bekas yang telah digris dengan sedikit butter. 
  • Taburkan baki kismis di atas adunan. 
  • Bakar pada suhu 180 C selama 30 minit atau sehingga masak. 

Untuk membuat kuah@sos kastad 
  • Campurkan semua bahan ke dalam periuk dan kacau hingga agak pekat. (kepekatan ikut selera masing masing). 
  • Tuang ke atas puding roti tadi. Jika suka sejuk, masukkan peti sejuk dahulu sebelum dipotong dan dituang sos kastad. Siap.

20. PUDING ROTI CARAMEL LAPIS COKLAT

 Koleksi Resepi Roti


BAHAN BAHAN:
  • 3 sudu besar gula - dijadikan gula hangus
  • 4 keping roti gardenia
  • 3 biji telur - dipukul perlahan dan ditapis
  • 2 cawan air suam
  • 1 atau 3/4 cawan susu pekat manis (gunakan 1/4 susu pekat manis + 3/4 susu cair, untuk rasa kurang manis)
  • sedikit esen vanilla
  • 1 sdt tepung jagung
  • * sedikit penambahan bahan:
  • 1 sdt coklat emulco
  • 1 sdt cappucino emulco (terpulang nak letak atau tidak)
  • 1 sdt pewarna kuning

CARA CARA:
  • Masak gula hangus seperti biasa, dan tuangkan dalam loyang. Ketepikan.
  • Panaskan kukusan.
  • Sementara itu, kisarkan roti bersama air suam dan susu.
  • Selepas itu, masukkan telur yang telah ditapis dan masukkan esen vanilla.
  • Masukkan tepung jagung, dan kacau sehingga sebati.
  • Bahagikan kepada 2 bahagian. Bahagian pertama, campurkan sedikit pewarna kuning, dan bahagian kedua dicampurkan dengan coklat emulco dan cappucino emulco.
  • Masukkan adunan bahagian pertama dalam loyang gula hangus tadi, dan kukus selama 15 minit.
  • Selepas itu, buka penutup kukusan, dan tuang dengan perlahan adunan coklat pula. Sila tuang dengan penuh kasih sayang. Tambahkan masa kukusan 15 minit lagi atau sehingga ia masak.

Itulah resepi koleksi resepimasakan.info yang bisa di share kali ini, silahkan dishare ke yang lainnya. Semoga bisa langsung disuba dirumah.


Share this :

Previous
Next Post »