Resepi nasi ayam sedap mudah dan cepat simple + VIDEO

10:31 AM
Resepi nasi ayam ini memanglah paling enak serta sederhana. Nasinya enak serta ayamnya juga enak. Anak-anak paling sukai makannya. Bila Anda belum tahu bagaimana caranya bikin nasi ayam, saya telah siapkan beberapa bahan apa sajakah yang dibutuhkan serta langkah membuatnya. Begitu layak coba resep ini walau memakai banyak bahan serta terlihat susah, namun sesungguhnya sederhana. Apabila nak coba resep lain, dapat baca resepi ayam goreng berempah ganti nasi ayam ini.
Resepi nasi ayam sedap mudah dan cepat simple
Resepi nasi ayam

Tulisan sebelumnya mungkin di sukai juga, silahkan baca juga panduan membuat ayam kicap dan ayam goreng berempah

Resepi nasi ayam, pada kesempatan kita ingin cuba berbagi semua macam jenis resepi nasi ayam, banyak sekali macam macam nasi ayam, kita akan bahas semua pada tulisan ini, berikut kita lihat panduan video membuat nasi ayam yang sedap.


Jom kita bahas resepi nasi ayam satu persatu berikut ini:

Resepi nasi ayam

Ada beberapa resepi nasi ayam yang akan kami bahas untuk bunda cuba di rumah, berikut diantaranya resepi nasi ayam penyet,resepi nasi ayam cina dan lain lain.

Resepi Nasi Ayam Paling Sedap dan Simple

Bahan-bahan:
  • 1 ekor ayam – di potong 8
  • 2 ulas bawang putih – di tumbuk halus
  • 2 cm halia – di tumbuk halus
  • sos tiram
  • kicap cair
  • kicap manis
  • madu
  • minyak bijan

Bahan untuk nasi:
  • 3 cawan beras
  • 4 cawan air rebusan ayam
  • 2 sudu besar mentega
  • 1 cm halia ditumbuk halus
  • 3 ulas bawang putih ditumbuk halus
  • garam
  • 2 bunga lawang
  • 4 buah pelaga
  • 1 kayu manis
  • 2 helai daun pandan
  • 1 helai daun salam
  • susu full cream
  • garam
  • serbuk ayam
  • gula
  • bawang goreng

Bahan untuk sos:
  • 5 biji cili merah
  • 5 ulas bawang putih
  • 2 cm halia
  • 1 sudu teh cuka
  • 1 sudu teh garam
  • 1 sudu teh gula
  • 1/2 cawan air rebusan ayam

Bahan untuk sup:
  • air rebusan ayam
  • jeruk kubis
  • serbuk ayam
  • garam
  • bawang goreng
  • irisan daun sop

Bahan untuk kuah kicap:
  • Kuah kicap perapan ayam di atas
  • Kicap manis cap kipas udang
  • Sedikit garam
  • Air rebusan ayam

Cara masak ayam:

  • Kisar bawang putih dan halia, lalu perap ayam dengan bahan kisar tersebut selama 30 minit.
  • Panaskan air sampai mendidih di dalam periuk dan masukkan ayam tadi. Perlahankan api sampai ayam menjadi setengah masak.
  • Sambil menunggu, anda siapkan bahan perap. Campurkan sos tiram, kicap cair, kicap manis, madu dan minyak bijan dalam satu wadah.
  • Kalau ayam sudah siap, angkat ayam tadi dan perapkan dengan bahan perap seketika.
  • Dinginkan ayam kurang lebih 1 jam.
  • Goreng ayam dalam kepanasan api sederhana di dalam periuk yang dalam sampai ayamnya tenggelam oleh minyak.
  • Setelah ayam masak, angkat dan gantung untuk toskan minyak.
  • Ayam sudah siap dipotong dan dihidang.


Cara buat nasi ayam:
  • Basuh beras, tos dan letakkan di dalam rice cooker.
  • Masukkan mentega, tumis bawang putih, dan halia yang telah dikisar, sambil itu masukkan bunga lawang, buah pelaga, kayu manis, daun pandan dan daun salam seketika.
  • Setelah naik bau harum, masukkan separuh daripada air rebusan ayam, susu full cream, garam dan serbuk ayam dan gula untuk mengikat rasa.
  • Tutup api dan biarkan mendidih, jika sudah tuang ke dalam beras tadi.
  • Lepas nasi masak, tabur bawang goreng.
  • Nasi ayam siap disantap.

Cara buat sup nasi ayam:
  • Air rebusan ayam yang semula di masak lagi dan campurkan jeruk kubis, garam, dan serbuk ayam.
  • Bubuh dengan irisan daun sop dan bawang goreng saat dihidangkan.

Cara buat sos nasi ayam:
  • Campurkan cili merah, halia dan bawang putih, masak di dalam kuali.
  • Tambahkan air rebusan ayam, lalu masukkan gula, garam dan cuka secukupnya.
  • Masak dengan api kecil hingga likat. semua bahan sos di atas.
  • Cara buat kuah kicap nasi ayam:
  • Air kicap dari hasil perap ayam sebelumnya, dimasak lagi di dalam kuali hingga mendidih.
  • Angkat dan letakkan di mangkuk.
Selamat mencuba resepi nasi ayam paling sedap dan simple tersebut. Sebagai petua terakhir, pastikan ayam tidak direbus lama sangat kerana nanti boleh buat ayam hancur pada masa menggoreng. sebenarya nasi ayam ini sudah sedap dan sudah bisa di hidangkan, tapi cuba juga resepi nasi ayam berikutnya ini.

Resepi Nasi Ayam Penyet 

Resepi Nasi Ayam Penyet tidaklah seperti yang umumnya kita sangka, ayam yang di penyek-penyek. Penyet datang dari bhs jawa yang berarti lumat. Tujuannya bahan yang digunakan untuk masak di lumatkan. Ayam penyet disajikan berbarengan sambal yang juga di lumat. Apabila ada tempe atau tauhu untuk menyemarakkan, juga harus dilumatkan dulu sebelumnya ia dikonsumsi berbarengan nasi. 

Resepi nasi ayam penyet memanglah kesedapannya banyak tergantung pada sambalnya. Bila sambalnya kurang enak, jadi ayam penyet juga kurang enak. Makanan ini saat ini cukup popular tidak cuma di Indonesia sahaja, namun juga di Malaysia. Serta saat ini saya nak kongsi resepi nasi ayam penyet yang enak serta gampang buatnya. Bisa juga anda cuba resepi rendang ayam.

Bahan-bahan ayam penyet:
  • 1 ekor ayam di potong 4 atau 8
  • 1/2 sudu besar jintan manis
  • 1/2 sudu besar jintan putih
  • 3 sudu besar ketumbar
  • 1 sudu besar serbuk kari ayam
  • 1 sudu besar kunyit serbuk
  • 1/2 sudu besar serbuk lada putih
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 cm halia
  • 1 sudu teh garam
  • 1/2 cawan tepung beras
  • 1 biji telur
  • minyak masak
  • air

Bahan-bahan buat nasi ayam penyet:
  • 3 cawan beras
  • 3 ulas bawang putih di hiris
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 4 biji pelaga
  • 6 cawan air rebusan ayam
  • 1 helai daun pandan di simpul
  • sedikit butter
  • secubit garam

Bahan sup ayam:
  • 1 bungkus sup bunjut
  • 1 batang serai di titik
  • 1 inci halia di hiris
  • baki air rebusan ayam
  • daun sup dan daun bawang di hiris
  • bawang goreng

Bahan sambal ayam penyet:
  • 10 tangkai cili padi
  • 10 tangkai cili merah
  • 10 biji bawang merah di belah 4
  • 3 biji bawang putih di hiris
  • 5 biji tomato di belah 4
  • 2 sudu makan ikan bilis
  • 3 sudu besar gula merah
  • ikan bilis
  • minyak masak
  • limau nipis

Cara buat ayam penyet:
  • Ayam yang sudah di potong di cuci bersih dan di rebus sehingga empuk.
  • Angkat dan toskan ayam. Air rebusan ayam jangan di buang kerana akan digunakan untuk menanak nasi dan buat sup.
  • Sangai jintan manis, jintan putih dan ketumbar hingga naik harum.
  • Masukkan serbuk karii, serbuk kunyit, serbuk lada putih, halia, bawang putih dan garam.
  • Tambah sedikit air dan kisar hingga halus.
  • Lepas tu, lumurkan kisaran tadi pada ayam yang sudah di rebus.
  • Perap ayam selama semalaman sebelum di goreng.
  • Campur dengan tepung beras dan telur dalam satu bekas.
  • Tambah sedikit garam jika kurang masin. Kacau hingga rata.
  • Celupkan perapan ayam dalam campuran tepung dan telur tadi.
  • Goreng ayam dalam minyak panas sehingga ayam berwarna kuning keemasan.
  • Angkat dan toskan.
  • Renjiskan adunan tepung tu dalam minyak untuk mendapat keriuk-keriuk rangup.
Selamat menjamu selera....selanjutnya kita nak cuba buat resepi nasi ayam madu 

Carian Ini Berkaitan Dengan:
resepi nasi ayam
nasi ayam
Resipi nasi ayam
cara buat nasi ayam
cara masak nasi ayam
resepi nasi ayam simple
Nasi ayam simple
resepi nasi ayam sedap
nasi ayam resepi
nasi ayam sedap

Share this :

Previous
Next Post »