Cara buat ada pada setiap gambar
Macam biasa, resepi disediakan di bawah Step by Step (SbS)...
Sumber : FB Herry Jamil
Jum Like : Aneka Resepi Masakan
Sila gunakan tin susu pekat manis yang
beratnya 500gram.. (untuk sukat air)
Sukatan 1 tin bersamaan 1 tin penuh.
Bahan-bahannya:
✔️ 3 tin air
✔️ 4 biji telur
✔️ 1 tin susu uht @ 1 tin susu cair
✔️ 1 kg tepung gandum
(pastikan berat tepung 1kg)
✔️ Pewarna kuning @ warna lain pun boleh
✔️ Garam (ikut tahap kemasinan masing-masing)
✔️ 1/4 tin minyak masak (bersamaan 100ml)
Sediakan bekas untuk bancuhan.
Masukkan 3 tin air.
Masukkan 3 atau 4 biji telur
Masukkan 1 tin susu.
(susu segar ke dalam kotak or tin semua boleh)
Masukkan 1 kg tepung gandum.
Masukkan garam.
(atau ikut kemasinan masing-masing)
Masukkan pewarna kuning.
Rasa nak warna terang letak lebih,
Rasa nak cair kurangkan pewarna.
Masukkan 1/4 minyak masak.
(1/4 tin susu = 100ml)
Gunakan mixer untuk menyatukan bahan-bahan.
Kalau xde mixer guna senduk pon boleh.
Setelah sebati
Peralatan yang digunakan:
✔️ Pan @ kuali leper
✔️ Sudip kayu
✔️ Botol untuk menjala
✔️ Papan pemotong bergarisan.
Blender dulu bancuhan roti jala baru masukkan ke dalam botol.
Panaskan pan,
Mulakan dengan selari.
Kemudian silang-silangkan.
Biarkan sekejap,
Kemudian angkat.
Letakkan atas papan pemotong.
Contoh ukuran yang saya buat.
Kalau nak roti jala panjang letak 5 garisan,
Kalau nak pendek2 gunakan 4 @ 3 garisan.
Contoh lagi.
Kemudian gulung..
Siappp!! :)
Selamat mencuba..
Jangan lupa share..