Cara buat ada pada setiap gambar
Macam biasa, resepi disediakan di bawah Step by Step (SbS)...
Sumber : Eza Afiza Yusuf
Jum Like : Aneka Resepi Masakan
Bahan-bahan:
✔️ Isi ayam (diblend hancur)
✔️ Cheese ceddar
✔️ Serbuk roti
✔️ Serbuk lada sulah
✔️ Tepung ubi
✔️ 2 biji telor
✔️ Garam
Satukan ayam, tepung ubi, serbuk lada sulah, sebiji telur dan garam ke dalam bekas.
Gaul sebatikan semua bahan...
Gaul sebati sampai ayam tak lekat kat tangan.. kalau lekat tu maknanya bancuhan terlembik... so sila topup balik tepung ubi.. jangan malas.. haha
Bahan-bahan untuk di golekkan:
✔️ Isi ayam yang dah digaul tadi
✔️ Cheese cheedar (potong dadu)
✔️ Serbuk roti
✔️ Tepung ubi
✔️ Sebiji telur (di kocak)
Mula-mula ambil sejemput isi ayam tadi dan bulatkan sebesar bola pingpong...
Buat lubang di tengah-tengah untuk letak cheese..
Letakkan cheese dan tekankan sedikit...
Kemudian tutup balik dan bulat-bulat kan
Buat sampai habis ye... jangan malas... hahaha buat banayk pun tak ape.. boleh simpan dalam freezer.
Celup bebola ke dalam telur
Golekkan atas tepung ubi
Lepas tu golekkan balik ke dalam telur...
Last skali bru golek atas serbuk roti
Tudiaaa kecik beso.. kecik beso.... nak cepat habis gitu la jadinya..hahaha
Panaskan minyak dan goreng hingga warna menjadi kekuningan...
Tadaaaa....nyumm nyummm..
Mudah kan? Anak pun pasti suka..
Selamat mencuba..
Jangan lupa share..