RESEPI SNEK CONGO BARS

4:10 AM


RESEPI SNEK CONGO BARS

Bahan-Bahan:
315 gm tepung gandum
2 1/2 sudu kecil baking powder
1/2 sudu kecil garam
150 gm butter
300 gm gula perang – boleh kurangkan
3 biji telur gred A
1 sudu kecil esen vanila
250 gm chocolate chips
1 cawan kacang pecan atau apa2 kekacang – optional
Kepingan badam untuk taburan – optional

Cara Membuat:

.
1. Ayak tepung, baking powder dan garam dalam bekas besar dan ketepikan.
.
2. Dalam bekas lain campurkan gula perang bersama mentega dan kacau rata sehingga butter melarut.
.
3. Masukkan telur sebiji demi sebijik dan putar sebati. Masukkan esen vanila.
.
4. Masukkan tepung, baking powder dan garam yang telah di ayak dan kacau rata. Akhir sekali masukkan chocolate chips dan kekacang dan gaul sempurna.
.
5. Tuangkan adunan kedalam tin pembakar ukuran 13 X 9 atau 10X10X2 inciyang telah digris dgn butter dan dialas dgn kertas minyak.
.
6. Ratakan permukan adunan dan taburkan kepingan badam dan chocolate chips jika suka sebagai hiasan.
.
7. Bakar pada suhu 170C selama lebih kurang 30 minit atau sehingga permukaan atasnya kuning keemasan. Jangan terlebih bakar.

Share this :

Previous
Next Post »