Berikut resepi kek span vanilla yang sedap bisa mak cik cuba. Resepi kek span vanilla sedap dan simple.
Bahan-bahan :
- 150 gm tepong super fine/tpng kek/tpng gandum*
- 1 sudu kecil baking powder*(*di ayak bersama)
- 150 gm gula kastor
- 5 biji telor gred A
- 1 sudu besar ovalette
- 80 ml susu segar
- 80 ml minyak masak / mentega cair
- Perisa vanilla
- Coklat emulco
Cara Cara:
- Satukan gula, ovalette dan telor dalam mangkuk adunan. pukul hingga pekat dan gebu selama 5 minit dengan kelajuan tinggi (tapi ini terletak kepada kelajuan pengadun masing-masing).
- Perlahankan kelajuan dan masukkan susu segar, pukul lagi.
- Tuangkan minyak/ mentega cair berselang seli dngn tepung yg di ayak bersama b.powder kedalam adunan dan gaul dengan senduk sehingga sebati.
- Bahagikan adunan pada 2 bahagian, satu letak perisa vanilla dan biarkan plain, satu bahagian lagi letak coklat emulco. Gaul sebati semuanya.
- Sediakan tin pembakar bulat atau 4 segi ukuran 7 inci, griskan dasarnya dan lapik kertas serap minyak. Tuangkan adunan berasingan loyang dan bakar selama 45 minit atau hingga masak pada suhu 150 - 180 darjah celcius.
- Bila dah masak keluarkan dari oven dan telangkupkan kat atas redai kek... lebih kurang 5 minit... bagi mengelakkan kek kita kempis.
- Biarkan kek benar2 sejuk barulah di hias.
UNTUK KRIM
- 1 kotak cream cheese philadelphia (250gm)
- 1/2 cwn susu pekat manis- (satukan kedua bahan & putar sehingga tidak berketul2.
UNTUK TOPPING
- 1/2 kotak kraft cheddar cheese (parutkan)
- Cara menghias kek
- Sapukan krim cheese di atas separuh kek tadi, kemudian letakkan sebahagian lagi kek di atasnya.
- Sapukan lebihan krim cheese sehingga menutupi seluruh kek.
- Akhir sekali taburkan cheese kraf yang telah diparut tadi keseluruh kek sebagai toppingnya.
- Masukkan dlm peti ais dlm 1-2 jam. Lepas tu baru potong
Share this :