Rendang Daging Cili Hijau Simple Sedap

10:05 PM
Rendang Daging Cili Hijau Simple Sedap, Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Selamat bercuti pd warga pendidik juga anak2 murid. Gunakanlah masa cuti persekolahan ni dngn sebaiknya. Rajin2 lah tolong ayah dan ibu di rumah ya anak2 dan rajin2lah ulangkaji pelajaran masa cuti ni. Berbalik pada menu ni, sebenarnya saya masak rendang daging ni semalam. Kebetulan hari minggu, jadi bolehlah masak yg berat2 sikit.

Rendang daging ni saya masak guna cili padi hijau dan cili hijau. Kalau nak ikutkan rendang ni warna hijau sbb guna cili hijau, tapi bila dah letak kerisik segala dan sedikit kunyit..jadi warna lainlah pulak. Tak kisahlah yg penting rendang daging cili hijau ni mmng sedap. Kali ni saya makan bersama nasi impit, sayur lodeh dan pulut kuning..umphhhhh..mmng sedap sangat. Anak2 paling suka menu macam ni. Maklumlah mama nya dah lama tak masak menu kegemaran diaorang ni... Pada kawan2 yg nak rasa kelainan rendang tu, bolehlah cuba resepi mudah ni. Sebelum ni saya masak guna ayam, kali ni tukar pada daginglah plk...Jom semak resepinya.



Bahan-Bahan
  • 1 kg daging batang pinang
  • 250 ml santan
  • 2 sudu besar kerisik
  • Garam secukup rasa
  • 2 sudu besar gula melaka
  • 2 keping asam gelugor
  • 2 btng serai-di ketuk
  • 2 helai daun kunyit- buang urat dan hiris halus
  • 1/2 cwn minyak utk menumis
  • sedikit air jika perlu
Bahan Kisar
  • 4 batang serai-hiris halus
  • 1 inci halia
  • 1 inci kunyit hidup
  • 1 inci lengkuas
  • 30 biji cili padi hijau
  • 5 tangkai cili hijau
  • 6 biji bawang merah
  • 1 labu bawang besar
  • 5 ulas bawang putih
Cara Memasaknya
  1. Panaskan minyak dalam kuali dan tumis bahan2 kisar hingga naik bau. Masukkan serai yg di ketuk.
  2. Kemudian masukkan daging dan kacau hingga rata. Masukkan sedikit air dan biarkan daging sedikit empuk. Guna api sederhana je masa ni.
  3. Selepas itu masukkan santan, kerisik,asam gelugor,gula melaka dan garam secukup rasa.
  4. Kacau lagi di atas api yang perlahan dan masaklah hingga pekat. Masukkan daun kunyit.
  5. Bila cukup kering, bolehlah diangkat.
  6. Sedia untuk dihidangkan. Sedap di makan bersama nasi impit dan pulut kuning.
**Kalau guna daging biasa, mestilah direbus dahulu hingga empuk, kemudian toskan airnya dan bolehlah di masak seperti biasa.

Share this :

Previous
Next Post »