BISKUT PANDAN NESTUM
Bahan-bahan
-250gm mentega
-120gm gula icing
-50gm nestum (kisar kasar)
-300gm tepung redrose + 1/4 cwn
-1/4 cwn susu tepung
-2 sudu teh pandan paste
-1 sudu teh baking powder
-sedikit pewarna hijau [ ikut suka nak letak atau tak ]
Untuk hiasan
-1 biji telur + 1 sudu besar susu cair + sedikit pewarna kuning
-Nestum secukupnya
Cara-Cara
1) Ayak dan satukan tepung, susu tepung dan baking baking. Ketepikan.
2) Putar mentega dengan gula hingga sebati.
3) Kemudian masukkan pandan paste dan pewarna hijau.
4) Masukkan nestum dan putar (sekejap sahaja) hingga adunan sebati.
5) Masukkan tepung red rose sedikit demi sedikit hingga adunan menjadi doh yang lembut.
6) Terap dan sapu telur. Tabur nestum di atasnya.
7) Bakar pada suhu 150'c dalam 15-20 minit.
SELAMAT MENCUBA !