Resepi Aiskrim Sumi Sedap | Ramai pakat dok buat ..Chek pon teringin nak rasa aiskrim malaysia versi sumi jelly..try la buat untuk anak-anak balik sekolah petang nanti..harap-harap sedap la hehe
Jom cuba..
Macam biasa, resepi disediakan di bawah Step by Step (SbS)...
Sumber : FB Rasa
Jum Like : Aneka Resepi Masakan
Bahan:
√ 1 tin susu pekat
√ 1 tin susu cair
√ 4 tin air (pakai tin susu ni nanti)
√ 3 paket sumi jelly
√ Secubit garam
Masak susu dan air & secubit garam sehingga mendidih dan sejukkan..
Pecahkan-pecah sumi dan masukkan dalam plastik.. lepas tu baru tuang susu tadi..
Kalau nak potong sumi jadi 4 bahagian, okey lagi tau..
Dah pun siap,apa lagi? simpan kat tempat beku dulu :)..
Selamat mencuba..
Jangan lupa share..