Bagi ibu yang ndak cuba masak kek bati menggunakan biskuit marrie, silahkan cuba resepi berikut ini, pertama siapkan dulu bahan seperti dibawah ini.
Bahan-Bahan
- 250g Biskut Marie (warna cream)
- 150g buttercup
- 1 cawan Milo
- 6 sudu serbok koko
- 4 biji telur
- 1/2 tin susu pekat manis
- 1 cawan air kosong
Cara-cara:
Cairkan marjerin dalam kuali. Masukkan milo dan susu sedikit demi sedikit. Kacau hingga semua bahan sebati.
Masukkan serbuk koko. Kacau hingga tiada yang berketul lagi.
Tunggu sehingga sedikit berkerak dan padamkan api.
Susun biskut meri di dalam loyang, tuang adunan coklat tadi. Susun
lagi biskut meri dan lapiskan dengan adunan coklat. Ulang langkah ini hingga seberapa tinggi anda mahukan.
Simpan didalam peti ais supaya cepat keras.
Siap untuk dipotong dan dihidangkan.
Untuk menyediakan hidangan ini, anda boleh kurangkan susu manis jika tidak mahu manis sangat. Atau jika anda tidak mahu patahkan biskut, boleh selang seli’kan – letak campuran coklat dan milo, kemudian lapiskan dengan biskut, kemudian lapiskan lagi dengan coklat dan milo yang sudah sebati tadi sehingga siap.
Simak gambarannya:
Video Resepi kek batik I
Video Resepi kek batik II
Selamat mencuba dan jika anda ada cara tersendiri untuk buat kek batik, jom kongsikan bersama kami di ruangan komen.