Bahan-bahan untuk membuat kek:
1 cawan gula pasir1 cawan serbuk koko
1 cawan minyak masak
1 cawan susu cair
1/2 cawan susu pekat manis
1 1/4 cawan tepung gandum
1 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil soda bikarbonat
3 biji telur
Cara-cara membuat kek kukus coklat sedap:
Masuk dan campurkan gula pasir, serbuk koko, minyak masak, susu cair dan susu manis ke dalam periuk. Masakkannya sehingga semua bahan tadi sebati dan masak rata.Sebelum itu ayak tepung gandum, soda bikarbonat dan baking powder.
Kemudian pukul telur sampai kembang dan campurkan dengan adunan koko. Gaul rata dan campurkan semua adunan tepung.
Selepas itu gaulkan semua bahan tadi hingga sebati dan tuangkan ke dalam acuan.
Anda harus menutup acuan tadi dengan aluminium foil.
Aluminium foil digunakan supaya wap tidak masuk ketika mengukus. Kukus kek selama 45-60 minit dengan api yang perlahan.
Keluarkan kek dari kukusan dan biarkan sejuk sebelum diletakkan topping ke atas kek nanti.
Bahan-bahan untuk membuat topping.
150 g thickened/whipping cream150 g coklat masakan
15 g butter
Cara-cara
Campurkan coklat masakan dan thickened cream dalam satu bekas.Panaskan sehingga coklat masakan menjadi cair dengan menggunakan kaedah double boiling.
Kacau sehingga sebati dan kemudian tambahkan butter.
Biarkan campuran sejuk seketika. Bila campuran telah suam, curah coklat ganache ke atas kek.
Curahkan secara perlahan-lahan agar semua coklat tadi rata di atasnya.