Resepi Asam Pedas Ikan Talang Mudah

6:38 PM
Resepi Asam Pedas Ikan Talang Mudah. Ikan talang ni adalah ikan yang hidup dalam laut dan jarang nak dapat ikan talang basah dijual di pasar-pasar. Yang banyaknya ikan talang yang telah dibuat ikan masin. Ikan talang sedap di buat ikan masin kerana isinya yang tawar. Jadi bila telah diproses jadi ikan masin, maka sedaplah untuk dimasak dan dipelbagaikan.

Tak pernah nampak ikan talang? Meh saya tunjukkan gambar ikan talang ye...

Ikan talang

Kulitnya tebal dan agak sukar untuk dibersihkan atau di potong. Kalau nak mudah, suruh je peniaga kat pasar tu siangkan untuk kita...hhehh...

Resepi Asam Pedas Ikan Talang Mudah


Resepi Asam Pedas Ikan Talang Mudah


Bahan-bahan untuk resepinya:-

1 ekor ikan Seliap @ Talang dipotong sederhana
5 biji bawang merah*
3 biji bawang putih*
20 tangkai cili kering*
2 inci halia*
1 inci kunyit hidup* atau 2 sudu kecil kunyit serbuk
5 tangkai daun kesum
3 batang serai
2 batang bunga kantan
Air asam jawa
garam secukup rasa
sedikit gula

Resepi Asam Pedas Ikan Talang Mudah


Cara Menyediakan asam pedas ikan talang yang mudah 


1. Basuh dan bersihkan ikan kemudian ketepikan dulu

2. Kisar hancur bahan-bahan bertanda * kemudian tumiskan hingga garing. Masukkan juga serai & bunga kantan

3. Masukkan ikan seliap @ ikan talang ke dalam tumisan tadi. Gaul rata dan masak dengan api perlahan

4. Masukkan air dan air asam jawa

5. Sesuaikan rasa masam dan masin dan manisnya

6. Masukkan daun kesum dan biarkan sekejap.

7. Angakat dan hidangkan.

Selamat mencuba resepi ikan talang asam pedas yang mudah di atas. Asam pedas memang mudah disediakan. Main campak-campak je pun boleh, hihi...

Nak resepi asam pedas yang lain?? Boleh klik pada koleksi RESEPI saya yang lain-lain...

Share this :

Previous
Next Post »